KUALA LUMPUR: Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata bantuan yang tiba pagi tadi dijangka memanfaatkan lebih 130,000 penduduk terkesan akibat konflik yang sedang berlangsung.
"Kita tahu bahawa urusan untuk membawa masuk bantuan itu agak rumit dan memerlukan beberapa proses. Jadi kita telah berjaya menghantar makanan sebanyak 33,000 pek.
"Setiap satu pek itu boleh digunakan untuk empat orang. Jadi kalau 33,000 pek bermakna 132,000 orang boleh menerima manfaat daripada bantuan setakat pagi tadi," katanya pada Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Sesi Kamar Khas itu diadakan susulan usul yang dibawa Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan iaitu keperluan bagi Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Kementerian Luar (Wisma Putra) menurut Mohamad akan meneruskan usaha menghantar lebih banyak lagi pek makanan selain daripada 100 tan makanan yang telah dihantar sebelum ini.
"Kita juga akan meneruskan usaha lain untuk menghantar beberapa lagi barangan bantuan kita ke Gaza. Kita sedang dalam perundingan untuk menghantar melalui jalan laut bermula di Port Klang hingga ke Mesir.
"... insya-Allah kita akan hantar pada penghujung Mac dan dijangka akan sampai (ke Mesir) pada 8 Mei," katanya.
Selain itu Mohamad berkata Wisma Putra dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang berbincang tentang penghantaran sebuah pasukan perubatan ke hospital-hopital medan di Palestin yang dikendalikan oleh Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Turkiye.
"Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang ingin melihat segala bentuk bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Palestin dapat diatur gerak melalui kolaborasi bersepadu, KKM dan Sekretariat Ops Ihsan sedang mempertimbangkan latihan kepada ahli pasukan khususnya bagi persediaan fizikal dan mental serta kebolehan berbahasa Arab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Sukarelawan kemanusiaan cedera dalam serangan Israel di Rafah
Serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Ops Ihsan kutuk serangan Israel ke atas penduduk Palestin di kem Al-Nuseirat, Gaza
Sekretariat Utama Ops Ihsan mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Ops Ihsan: 33,000 lagi pek makanan berjaya dihantar ke Gaza
Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Ops Ihsan lancar kempen mega #PalestinMerdeka
Ia bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Palestin pada 29 Nov setiap tahun seperti yang ditetapkan PBB.
Misi bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza berlepas 17 Dis
Bantuan kemanusiaan itu akan membawa 60 tan barangan keperluan asas dengan kebanyakannya adalah barangan perubatan.
Penghantaran kedua barangan ke Gaza selamat berlepas pada 10.55 malam
Penerbangan kargo sewaan khas itu membawa muatan sebanyak 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi, pakaian dan makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.
Sekretariat Ops Ihsan rancang buka hospital lapangan di Al-Arish
Sekretariat Ops Ihsan sedang merancang untuk membuka hospital lapangan di Al-Arish bagi memberikan bantuan dan rawatan perubatan kepada semua mangsa yang terkesan akibat serangan rejim Israel.
Bantuan Ops Ihsan untuk Palestin tiba di Mesir
Pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir pagi ini.